Assalamu'alaikum.. MAaf pada pembaca blog kerana saya tak dapat mengemas kini blog tersebut sebab saya sedang membuat ebook beserta laman web. Sebanyak 18 buah ebook akan dilancarkan tak lama lagi. dan 100 ebook dalam bahasa inggeris akan dilancarkan sekali atas permintaan tinggi di luar negara. Doakan saya supaya dapat merealisikan impian semua pihak. Saya akan maklumkan pada semua pembaca blog tak lama lagi. Terima kasih pada pembaca ebook kerana sudi meninggalkan pesanan pada saya dalam jom bual. Jumpa lagi :)
Tangisan Anak Palestin
Wednesday, October 15, 2008
Tuesday, September 2, 2008
Monday, September 1, 2008
sila lihat gambar diatas dan patuhi arahannya. Semoga anda berjaya. Selamat berpuasa pada semua dan nantikan cerita ramadhan di blog bicara agama.
Berjalan santai di pagi hari
Mari kawan bersihkan hati,
Posted by Dari Meja Pengarah at 6:54 PM 2 comments
Wednesday, August 27, 2008
Jadual Harian Bulan Ramadhan
4.00 a.m.
1. Bangun berdoa kepada ALLAH dengan doa:
“Segala puji bagi ALLAH yang telah menghidupkan aku setelah
DIA mematikan aku dan kepadanyalah aku akan dikembalikan.”
2. Berniatlah untuk melaksanakan sebanyak-banyak kebaikan hari itu.
3. Mandi dan membersihkan diri.
4. Mengambil whudu' dan memakai pakaian yang suci untuk beribadah, berwangi-wangian.
4.20 a.m.
1. Solat sunat Taubat Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat taubat 2 rakaat kerana ALLAH Taala.
– Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun,
– Rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas.
– Selepas sembahyang, angkatlah tangan memohon ampun kepada ALLAH. Menangislah menyesali dosa-dosa.
2. Solat sunat Tahajjud Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat tahajjud 2 rakaat kerana ALLAH Taala.
– Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun,
– Rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas.
– Selepas sembahyang, angkatlah tangan berdoa kepada ALLAH.
3. Solat sunat Hajat Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat hajat 2 rakaat kerana ALLAH Taala
– Rakaat pertama baca ayatul Kursi 1 kali Selepas Al-Fatihah
– Rakaat kedua baca surah Al-Ikhlas 11 kali
– Ketika sujud terakhir baca 11 kali dan sertakan di dalam hati segala hajat-hajat kita.
4. Solat sunat Witir Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat witir 2 rakaat kerana ALLAH Taala Selepas salam, bangun lagi dan sembahyang witir 1 rakaat.
• Perbanyakkan berdoa kepada ALLAH dengan penuh rasa kehambaan, rendah diri, meminta-minta, merintih-rintih, agar ALLAH ampunkan dosa-dosa kita, terima taubat kita, terima amalan kita, memperkenankan doa dan permintaan kita.
5.00 a.m.
1. Makan sahur
2. Mengosok gigi dan membersihkan sisa-sisa makanan di mulut.
5.30 a.m.
1. Bersiap menunggu waktu Subuh dengan membaca Al-Quran atau berselawat. Sembahyang sunat Subuh, sembahyang Subuh berjemaah Selesaikan wirid harian di tikar sembahyang atau baca Al-Quran hingga terbit matahari.
2. Elakkan tidur selepas Subuh, kerana waktu itu adalah waktu paling berkat untuk memulakan pekerjaan.
7.00 a.m.
1. Membuat persiapan ke tempat kerja. Melangkah ke tempat kerja dengan membaca Bismillah dan dengan berniat dengan niat yang baik-baik.
2. Mulakan kerja dengan Bismillah dan doa kepada ALLAH agar semua aktiviti kita diberkatiNYA, Sentiasa berselawat kepada Rasulullah SAW samada menyebutnya atau di hati.
3. Banyakkan istighfar/meminta ampun. Melaksanakan kerja dengan bersemangat dan penuh bertanggung jawab. Datangkan rasa bahawa ALLAH sentiasa memerhati kerja-kerja yang dilakukannya dan yakinlah DIA akan membalas segala kebaikan yang kita buat.
10.00 a.m.
1. Sembahyang sunat Dhuha, Ia adalah sumber rezeki yang berkat kalau istiqamah diamalkan. Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat dhuha 2 rakaat kerana ALLAH Taala.
2. Penuhi masa rehat tengahari dengan menambah ilmu atau membaca Al-Quran. Elakkan sungguh-sungguh dari melakukan dosa walaupun kecil dan perkara yang sia-sia.
12.45
1. Bersiap untuk solat Zohor.
2. Menunggu waktu sembahyang dengan berselawat. Solat Zohor berjemaah.
3. Laksanakan juga solat sunat Rawatib Bersujud syukurlah setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yang memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.
4.15 p.m.
1. Bersedia untuk solat Asar.
2. Solat Asar berjemaah. Laksanakan juga solat sunat Qabliyah.
3. Bersujud syukurlah setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yang memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA
5.30 p.m.
Membeli barang-barang keperluan berbuka dan sahur tanpa berlebih-lebih. Ingatlah walaupun Syaitan dirantai tetapi nafsu masih ada dalam diri kita!
6.30 p.m.
1. Memperbanyakkan doa sebelum berbuka kerana di waktu itu adalah masa yang mustajab doa. Ingatlah sabda Rasulullah SAW : "Ramai orang yang berpuasa, yang mereka dapat hanya lapar dan dahaga", merintihlah kepada ALLAH memohon agar amalan kita diterima.
2. Apabila masuk waktu Maghrib, bacalah doa berbuka :
3. “Wahai Tuhan, kerana Engkaulah aku berpuasa, kepada Engkaulah aku beriman dan dengan rezki engkaulah aku berbuka.”
4. Berbuka puasa dengan makanan yang manis seperti buah kurma dan jangan makan terlalu banyak.
5. Seeloknya setelah memakan kurma dan meminum air, terus menunaikan solat
6. maghrib berjemaah, setelah itu barulah makan makanan yang berat.
8.00 p.m.
1. Solat Isya' berjemaah dan diteruskan dengan solat Taraweh
2.
11.00 p.m.
1. Memperbanyakkan istighfar sebelum tidur.
2. “Berniatlah untuk puasa esok hari dengan berniat : Sahaja aku berpuasa hari esok, untuk menunaikan Puasa Ramadhan yang wajib ke atasku, tahun ini kerana ALLAH Taala.
3. Tidur awal agar dapat bangun awal untuk beribadah.
4. Bacalah doa tidur : Ertinya : Dengan namaMU Ya ALLAH! Aku hidup dan mati. Ingatlah tidur adalah mati yang sementara, kemungkinan kita dipanggil ALLAH ketika tidur.
Posted by Dari Meja Pengarah at 6:47 PM 0 comments
Tuesday, August 26, 2008
Mohon Maaf
Assalamu'alaikum dan salam sejahtera pada pembaca blog.
Maafkan saya kerana tidak dapat menulis buat sementara waktu. Saya tahu anda kecewa dan menunggu tulisan saya selama ini. Sejak kebelakangan ini saya sibuk sikit. Insya-allah, saya akan ambil masa untuk terus bersama dengan anda. Saya berharap anda terus setia bersama saya.
Jumpa lagi
Posted by Dari Meja Pengarah at 9:42 AM 2 comments
Sunday, August 17, 2008
Jom Heboh
Assalamu'alaikum.
Hari nie gua nak citer sikit pengalaman gua di tapak jom heboh. Gua pegi sana bukan untuk berseronok beb tapi nak beli barang. Al-maklumlah barang di sana murah. Semasa gua singgah sana, memang ramai beb. Gua pegi waktu petang. Yang gua hairan, takde pun orang cina atau india. kalau ada pun, sikit jer. Cuba lihat gambar di bawah :-
Itu tak pe lagi. Tapi malangnya, lelaki bergaul bebas dengan wanita dan bercampur-campur dimana saja. Gua terkejut beb, sebab remaja hari ini berhibur terlampau lebih. Kita sebagai orang islam wajib tunjuk teladan yang cantik.
Ada lagi, diorang sanggup beratur berjam-jam lamanya.
Inilah ralitinya. Dunia semakin kiamat namun mereka tidak sedar lagi. Ada seorang budak gua tanya "adik datang pukul berapa". Dia kata datang pukul 1 ptg. Gua tanya lagi "adik dah sembahyang ke". Tau tak dia kata apa"abah dan emak pun tak sembahyang lagi. Emak kata tua esok tobatlah bebanyak". Gua tanya "Tak takut tuhan ker". Dia panggil mak & bapa dia. Gua tahu masalah besar akan muncul kali ini. Mak dia datang macam muka harimau dan berkata " Hei budak, jangan nak tunjuk alim pula, ko ingat ko ni ulama ke nak tegur sana dan sini. Pegi ler ceramah di surau tu". Sebelum gua blah, gua pesan pada mak cik tu "kalo mak cik tak nak ingat tuhan Yang Esa, baik mak cik jangan memakan rezekiNya. Tak malu ke pada Yang Esa". Belum dia kata apa2, kawan gua seorang yang disegani datang dan senyum pada wanita itu. Haa, apalagi nampak jer muka kawan gua tu mereka pun blah. Gua pun berambus tapi gua berdoa semoga mereka yang datang konsert ini sempat bertaubat.
Tak salah kalau nak datang tapi jaga adab dan tatasusila. Anda kena ingat Jom Heboh ini boleh bawa kita pada gejala yang tidak elok jika iman kita tidak kuat. Semoga citer ini beri pengajaran pada kita.
Posted by Dari Meja Pengarah at 8:31 AM 6 comments
Saturday, August 16, 2008
Nasiruddin - Sahabatku Yang Disayangi
Assalamu'alaikum. kepada pembaca blog, anda pasti tertanya ke mana saya pergi selama ini. Saya sibuk sikit. Maafkan saya ya. Hari ini saya nak kongsi dengan anda mengenai sahabat saya yang saya rindu selama ini. Hanya dia saja yang baik. Tuhan telah pertemukan kami buat kali pertama di pondok Madrasah Al-hidayah. Sekarang dia berada di Mesir. Memang saya rindu pada dia. Baru tadi saya sms dengan dia. Memang rasa macam hari kelmarin. Namun saya sentiasa mendoakan dimana saja anda berada. Ini gambar kawan saya :-
Ini gambar beliau semasa konvokesyen di Mesir (disebelah kiri sekali)
Haa, inilah dia (handsome kan). Dia bakal menjadi Ulama. "Ana yakin dengan Anta".
Wow, nampak macam tok arab laa.
Ini gambar ketika di mukriq Imam Syafi'e (Imam Wakie')
Ya Allah padaMu aku bermohon, hidupkan Nasiruddin sahabatku seperti ulama. Jagalah dia dimana saja dia berada. Ya Allah, aku mohon padaMu, supaya sahabatku ini diberi kejayaan dunia dan akhirat. Ya Allah, selama ini aku bercita-cita ingin menjadi ulama tapi aku tahu cita-citaku tak kesampaian namun takdirkanlah sahabatku ini menyambung impian aku. Ya Allah, berikanlah kekuatan pada sahabatku dalam menempuhi pelbagai rintangan dalam mengejar impian. Ya Allah makbulkan doa ku ini. Amin Ya Rabbal 'alamin.
Posted by Dari Meja Pengarah at 10:35 PM 0 comments
Gara-Gara Tipon
Tarikh : 16 Ogos 2008
9 pg – habis makan terus lihat buku, saja nak jadi ulat buku J . Buku apa yang gua lihat, mana gua tau sebab bilik saya macam perpustakaan. Tak larat nak bagitau J.
10 pg –
1 ptg – P sembahyang jumaat la. korang ingat gua p lepak ke.
3 ptg – Gua terima email dari seorang pembaca mengenai masalah cinta. Kalu korang nak tahu korang boleh pegi sendiri blog gua yang bertajuk soal cinta. Gua punya rajin beb, gua jawab ikut pala otak jer J .
5 ptg – Gua tima panggilan 13 kali. Boleh mati siot. Tak larat nak jawab beb. Bukan panggilan tipon tau tapi panggilan anak sedara gua (5 taun). Dia tanya gua "nape nek bleh ada dlm tipon". Gua jawab"nek ada di turkistan tapi sora dia terlekat di tipon". Gua tipu dia jer hehehe J. Dia tanya gua lagi " nape kena pakai sluar". Gua tipu dia lagi " kalu x pakai sluar nanti kena tangkap dengan raksasa". Hehehe, syiok juga pekena dia. Dia tanya gua lagi "nape satu kali 5 jawapan dia 5". Gua jawab " mane ade, satu kali 5 jawapan dia 4, cikgu silap ajar tu". Last kali dia kata pada gua " abang tak der otak ker". Dengar macam tu, gua terasa nak penampo dia tapi gua tanya dia "sebab apa, kata kat abang mcm tu". Dia kata "yelah, mak kata kalu satu kali 5 jawapan dia 5. sapa kate 4, dia tak ngaji". Gua gelak dalam hati " pandai pun, budak nie" J.
6 ptg – Kawan gua mai. Dia ni doktor tau (doktor herba). Dia mai jumpa gua la. Tak
8 mlm – Gua ngajar budok-budok baca muqaddam. Budak2 tanya gua (nak pekena gua la) " ustaz, nape alif patah a bunyi a. sebab apa tak bunyi u". Tau tak gua jawab apa " kalo anta bunyi u, anta diri atas peti ais". Haa, bila gua kata diri atas peti ais, semua budok-budok bleh baca dengan cepat sebab takut kena diri. Ha ha ha J, jangan sangka gua kejam, gua kena tegas beb. Anak remaja ari ni, baca quran pun malas. Bila tua baru nak ngeja.
9 mlm – Gua p RFC (Radix Fried Chicken) la beb. Fuhh, ramai beb, dekat 1000 orang beb. Gua kena beratur sepanjang jalan. Kira-kira dekat 10 kilometer beb. He he he J gurau jer. Alah beratur kat luar jer. Hampir stengah jam gua bratur. Tapi gua sabar beb, gua tau, perniagaan memang macam tu bila maju. Gua kagum dengan Tuan Haji beb J. Habis jer beratur, giliran gua la. Gua pun pesan menu.
Kalo sape nak tengok gambar RFC, korang klik tapak tangan Saudagar Herba (blog gua)
10 mlm – Gua tengok tv beb, gambar Maha Kasih. Sedih tul la J . Gua tak ingat tajuk dia, tapi kalo korang nak tengok, dia ado tiap hari jumaat (10.30 mlm). Gambar ini boleh buat orang sedar oooooo J.
12 mlm- Gua sms mak sedara gua, sian mak pak dia tau.(Citer ni gua sorang saja leh tau, korang tak yah amik tau. Tak de kena mengena pun). Tapi gua kagum dengan dia beb sebab dia merupakan anak solehah selepas dengar sora dia. Sedih beb L. Tapi gua doakan moga mak pak dia sihat. Amin J
1 pg – Gua tidur la. Tapi gua timer sms dari kawan gua. Dia ade masalah cinta. Gua pun buka komputer beb. Gua karang la apa yang patut di buat J . kerana kawan gua sanggup tolong beb.
2 pg – Gua tidur. Gua dapat panggilan lagi dari kawan gua lagi. Kawan dari Mesir beb. Gua pun layan la beb. Dekat sejam gak dia cakap. Kami ketawa beb J. Citer ape pun gua tak ingat beb, sebab gua ngantuk beb J. Habis cakap gua tidur plak.
4 pg – Gua bangkit tidur beb, bukan kerana nak pi sembahyang insya'. Sembahyang insya', gua
dah sembahyang lama dah. Takkan nak citer kot. Gua bangkit sebab dapat panggilan lagi iaitu dari orang tak di kenali. Tau tak ape dia kata " hello, berani ko kaco anak dara pak cik yer" apa lagi terkejut beruk beb gua tanya dia "pak cik ni sape, marah orang pagi-pagi buta. Anak pak cik saper namenya". Pak cik tu kate "name dia suria". Gua jawab balik "Haa, pak cik silap orang ka. Mane saya ade kawan name suria". Gua dah bengang beb. Pak cik tu tanya gua balik "anak ni name apa". Gua cakap antara marah dan tak marah " name saye arsyad". Tau tak pak cik tu kate ape " Ehhhhhh, silap orang nooo, k lah timer kasih ye. Maaf yeee". Gua pun letak tipon beb L. Gua sambung tido balik.
5 pg – tipon bunyi beb. Gua bangkit balik. Gua cakap la " hello, can I help you?'. Dalam tipon tu kawan gua kata. "hoi mamun ka, lekas pi semayang subuh, dah nak habis dah". Gua tengok jam, baru pukul 5 pagi, Gua kata " hoi, gile ke sembahyang subuh pukul 5". Kawan gua kate ape "La ye ka, aku lupa tukar bateri rupanya, tak pe la aku nak tido balik". Gua pun tido balik L .
6 pg - Subuh berkumandang. Gua pun solat.
Tapi malangnya, gua tak dapat tido dengan nyenyak. Hu waaaaaaaa, Hu waaaaaaa. Sedih siot L.
Pengajaran bagi anda "jangan layan tipon jika korang tak nak jadi seperti gua"
Posted by Dari Meja Pengarah at 12:25 PM 2 comments