Pada satu ketika, ada satu pertandingan untuk orang ramai menunjukkan kehebatan masing masing menggunakan senjata. Ada 2 peserta yang dapat masuk akhir, Zorro ngan Robin Hood. Mereka berdua pun masuk dalam hutan untuk berjalan jalan sambil mencari idea untuk pertandingan mereka. Sedang berjalan jalan, mereka terjumpa seorang perempuan dari kaum orang asli yang sungguh cantik.
Mereka berdua sepakat untuk bertarung dan siapa yang menang akan dapat perempuan tersebut. Mereka pun memanggil perempuan tersebut dan meletakkan sebiji epal d iatas kepala perempuan itu. Memula Zorro nak mulakan pertandingan. Dia pun bergerak sejauh 50 meter dari perempuan itu dan membaling PEDANG nya kearah epal diatas kepala perempuan tu. Zuuupppp, terbelah dua epal tu. Perhgggg, dengan bangganye, si Zorro jerit... "I AM ZORRO... .."
Kemudian giliran Robin Hood plak. Dia mengambil jarak 100 meter. Kemudian menggunakan ANAK PANAH nye. Zuuupppp, terbelah dua epal yg baru diletak atas kepala perempuan asli tu. Dengan jobonye jugak... . si Robin Hood kata... "I AM ROBIN HOOD..."
Sedang mereka bertarung, lalu lah seorang penduduk lelaki orang asli disitu.
Dia merasa tercabar kerana dengan senang lenang nye pompuan kaum dia nak kena kawin ngan orang luar. So, atas rasa tanggungjawab, dia pun masuk pertandingan tu jugak. Dengan menggunakan sumpit dan jarak 150 meter, kini giliran orang asli tu plak. ZZZZUUUUUPPPPP... ... ... ... .!!!! PPRRAAPP.
Kena kepala pompuan tu dan mati. Dengan selamba orang asli tu kata...
"I AM SORRY... .!!"
Tangisan Anak Palestin
Tuesday, August 5, 2008
Zorro, Robin Hood Dan Orang Asli
Posted by Dari Meja Pengarah at 12:55 AM 0 comments
Lawak Mahkamah
Dalam suatu perbicaraan di Mahkamah.. Hakim meminta pesalah berdiri untuk diperdengarkan tuduhan.
"Saudara didakwa membunuh seorang guru dengan menggunakan gergaji" kata hakim.
Dari belakang terdengar seseorang berteriak... "Kurang ajar!!!"
"Bawa bertenang. Ini Mahkahmah!" bentak hakim.
Hakim kemudian membacakan lagi tuduhan...
"Saudara juga didakwa melakukan pembunuhan terhadap seorang penjual akhbar dengan
menggunakan pisau..!"
"Celaka!!!" teriak pengunjung tadi.
"Tenang, Bawa tenang!" teriak hakim dengan keras.
"Dan.. saudara juga dituduh melakukan pembunuhan terhadap seorang posmen dengan menggunakan
parang..!" kata hakim.
"Keparat!!!" teriak pengunjung tadi tanpa boleh ditahan.
Dengan geram Hakim berkata,
"Jika anda tidak boleh berikan alasan kenapa anda berperangai seperti ini.. saya akan
perintahkan anda di masukkan ke Hospital Bahagia atas kesalahan menghina mahkahmah!"
"Maaf.. Yang Arif..." pengunjung tadi berkata...
"Saya adalah jiran pesalah... sebenarnya setiap kali saya ingin meminjam gergaji, Pisau dan
parang... dia selalu cakap... tidak ada!"
Posted by Dari Meja Pengarah at 12:52 AM 0 comments
Jenaka- klinik Swasta
Satu hari di klinik swasta... Kudut datang berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan sakit belakang.
Doktor: Apa hang dah buat dgn belakang hang ni?
Kudut: Saya keje syif malam. Bila saya balik umah saya kat tingkat 3 pagi tadi, saya dengar bunyi bising kat dlm bilik tido saya. Saya saspex ader org dah tido dgn bini saya. Saya tgk pintu balkoni saya terbuka. Saya berlari ke situ, jenguk ke bwh dan nampak sorang lelaki kelam-kabut lari sambil pakai baju dan seluar dia... pas tu saya trus angkat peti ais saya dan campak kat lelaki tu. Tu yg sakit belakang sampai skrg ni, doktor.
Tetiba, Chet meluru masuk ke bilik rawatan. Keadaan Chet nampak serius seolah-olah baru lepas dilanggar kereta,
Doktor: Uih! Pesakit yg saya tgh periksa ni nampak teruk. Tapi hang lagi dasyat aku tgk... apa dah jadi?
Chet: Saya dah lama menganggur. Ari ni ari pertama keje baru saya. Tapi saya lupa set alarm semalam dan pagi ni saya dah terlambat. Tgh saya berlari ke stesen bas sambil pakai baju dan suar saya, tetiba je ada sebijik peti ais hinggap kat belakang saya, doktor!
Kemudian, Chot masuk ke bilik doktor tadi. Keadaan Chot lagi teruk daripada Chet dan Kudut. Doktor terkejut bewak...
Doktor: Hang pesal lak ni?
Chot: Saya ada kat dlm satu peti ais. Tetiba jer ader org campak peti ais tu ke bwh dari tingkat 3, doktor!!!
Posted by Dari Meja Pengarah at 12:40 AM 0 comments
Cara Jawab Telefon- Jenaka
"Sebenarnye cara menjawab tepon yang kite amalkan adelah salah... dan kebanyakannye sama..terpikir kah anda untuk menjawab dengan jawapan yang betul. Jadi disini kite akan cube untuk menukarkan jawapannye (tak le korang boring sangat kalu jadi operator).
1. Soalan: haloo, may i speak to bedah please?
Jawapan: maap.sini bukan balai polis.
2. Soalan: haloo, siapa disana?
Jawapan: ntah. saya kat sini,mane le saya tau sape kat sane..
3. Soalan: haloo, boleh saya bercakap ngan bapak awak?
Jawapan: nak cakap cakap je ler. buat ape tanye saya.
4. Soalan: haloo, boleh sambungkan ke nombor 323?
Jawapan: maap cik,nombor tak boleh disambung,hanye boleh dicampur.
5. Soalan: haloo, mak ade rumah?
Jawapan: mak takde rumah.bapak ade pasal rumah ni bapak yang beli.
6. Soalan: haloo timah, buat ape tu?
Jawapan: kan ke saya tengah bercakap ngan awak kat tepon ni..
7. Soalan: boleh saya bercakap ngan siti?
Jawapan: maap.nombor yang anda dail tidak mahu memberikan
perkhidmatannye... time kacih.
8. Soalan: haloo, tolong panggilkan samad. saya nak bercakap dengannye.
Jawapan: sila panggil sendiri.saya sibuk.maap
9. Soalan: halloo......
Jawapan: haloo. pusat sakit mental disini. anda ingin mendaftar?
10. Soalan: haloo, saya nak tumpang bertanya...
Jawapan: maap. ini bukan kaunter pertanyaan.
11. Soalan: haloo, betul ke ini nombor 3234412?
Jawapan: sila dail sekali lagi. kalau saya masih menjawab betul le
tu.
12. Soalan: assalammualaikum...
Jawapan: waalaikummussalam..(tupp!..terus letak tepon.salam kite
wajib jawab)
Posted by Dari Meja Pengarah at 12:36 AM 0 comments
Ketua Kampung
Seorang Tok Batin di Bukit Ibam telah membeli sebuah motosikal terpakai. Seperti biasa motorsikal tersebut tidak mempunyai mud-guard, side-mirror malah plate nombor.
Suatu hari Tok Batin ingin pergi ke Pekan. Dengan semangat yang berkobar-kobar Tok Batin mengunggang motor kap-chainya melalui denai yang berbengkang-bengkok. Tiba di pertengahan jalan ia telah ditahan oleh seorang anak buahnya.
'Tok, tumpang ke Pekan."
" Boleh, naik di belakang" jawab Tok Batin sambil menunjuk ke belakang. Sampai di suatu tempat, ada seorang anak buahnya lagi menahan Tok Batin.
'Tok, boleh tumpang, kite nak ke Pekan ni."
"Apa salahnye, naiklah di belakang." Motor pun sampailah ke jalan besar.
Ada kira-kira lima kilometer lagi baru sampai ke Pekan. Tok Batin pun memecut motorsikalnya dengan membawa dua orang anak buahnya di belakang. Hembusan angin yang meniup tiga biji kepala tanpa topi keledar itu membuat perjalanan mereka sangat mengasyikkan. Tiba di kilometer dua, sekatan jalanraya sedang diadakan. Seorang polis trafik menghulur tangan menahan mereka. Tok Batin dengan muka selamba memecut motornya dengan bertambah laju melepasi sekatan tersebut. Melihat beberapa kesalahan yang dilakukan oleh Tok Batin, polis trafik terus
mengejar beliau.
Ia dapat memintas Tok Batin. Tok Batin dengan serta merta memberek motorsikalnya.
"Oi ape ni, nak bunuh kite ke. Berhenti depan kite macam ni. Tenguk belakang kite ade due orang anak buah kite. Kamu takpe le pakai topi keras, yang kite ni kepale togel, kalau jatuh tak
ke kite mati." Marah Tok Batin.
"Pak Cik, kenapa bila saya tahan Pak Cik tak berhenti tadi."
"Oi, tak ade otak ke, belakang motor kite dah penuh due, tak boleh tumpang lagi..."
Posted by Dari Meja Pengarah at 12:34 AM 0 comments
Pantun Lawak Bodo
Buah cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Kenapa kau nak jolok pakai galah
Sebab cempedak tu dah jatuh kat luar pagar .
Kalau ada sumur di ladang
Bolehlah hamba menumpang mandi
Patutlah bau badan kau busuk semacam
Bilik air ada, buat apa kau mandi kat ladang..
Pisang emas dibawa berlayar
Masak sebiji di atas peti
Kat pasaraya tak ada hutang hutang
Kalau nak, bayar, Cash On Delivery
Kalau ada jarum yang patah
Jangan di simpan di dalam peti
Kesian betul dengan kau ni
Jarum patah pun kau simpan dalam peti.
Dua tiga kucing berlari
Mana nak sama si kucing belang
Kalau kau berani kejarlah kucing tu
Mesti kau kena cakar sampai berbelang-belang gak..
Kajang Pak Malau kajang berlipat
Kajang hamba mengkuang layu
Kain Pak Malau, Mak Limah yang lipat
Kain aku, si pencuri yang sapu
Rumah Pak Mamat di tepi sawah
Pakai langsir berwarna biru
Ooi Pak Mat, langsir warna biru tak lawa lah
Pakailah warna kuning ke, hijau ke, kelabu asap ke.
Air pasang dalam surut pukul lima
Nyonya bangun pagi siram pokok bunga
Haloo nyonya, mau tanya sikit
Siram pokok bunga aje, tak jual sayur ka?
Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Kalau padi tu belumlah masak
Janganlah tuai, taklah layu-layuan. .
Limau purut masak di dahan
Batang selasih condong uratnya
Limau purut tak boleh makan
Nanti sakit perut apa ubatnya.
Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Buat apa nak ke Pulau Pandan yang jauh tu
Pergi aje ke Kampung Pandan
Sorong papan tarik padan
Buah keranji dalam perahu
Tolonglah jangan makan buah keranji tu
Nanti badan kau orang berbau.
Hayya Cik Siti, perempuan banyak muda
Ana banyak takut jalan tutup mata
Memanglah takut kalau jalan tutup mata
Sebab takut terpijak lubang Indah Water
Encik Baba jatuh dalam parit
Cik Aminah ketawa jerit jerit
Sampai hati Cik Aminah ketawakan saya jerit-jerit
Mentang-mentanglah saya jatuh dalam parit
Buai laju laju
Sampai pokok sena
Woii, jangan buai laju-laju
Nanti kang tercampak kat pokok sena
Timang tinggi-tinggi
Sampai cucur atap
Cucur atap tak sedap
Cucuk pisang, cucur udang, haaa tu sedap
Posted by Dari Meja Pengarah at 12:30 AM 0 comments
Monday, August 4, 2008
Gina the Ballerina
That's what everyone said.

"There's Gina.
She thinks she's a swan."

Then they laughed.

This made Gina feel sad.
She liked living in the park with the other animals.
But, she didn't like it when they laughed at her."Why do they do that, Momma?" Gina asked.
Gina looked like an elephant.
She had a long trunk.
But, on the inside,
she felt different.The other elephants did elephant tricks.

One elephant could stand on his head.
Gina liked to listen to the happy music in the park.

She also liked to watch the beautiful swans.
And one day she jumped into the water.
All the animals laughed because Gina tried to swim with
the swans.
They said, "There's Gina. She thinks she's a swan."
Gina never jumped into the water again.

But she still wanted to be special like a swan.

"Learn an elephant trick, Gina," her momma told her.
"Then they won't laugh".
Momma was right. If she could learn one elephant trick,
they would stop laughing.
Gina said, "I'll try."
Gina practiced and practiced.
When she tried to stand on her head,
she fell over.

When she tried to catch a ball with her trunk, she
dropped it on the ground.
"I'll never be like them," she told momma. "I don't think I
can be an elephant any more."
Momma leaned down to snuggle her neck.
"You'll find your special trick, Gina. Just wait and see."
Gina worried.
She didn't know how to find her special trick.
One day lots of children came to the park.
They had balloons
and played games.
Gina stood next to her momma
and watched them have fun.
The children saw the elephants doing their tricks
and clapped their hands.
"Yes," Gina thought. "The elephants do good
tricks.
They make the children happy."
But, when the children walked to the water...
the swans were gone!
All the swans were taking a nap on the other side of the
pond.
"Oh, no", Gina said.
"The children want to see the swans swim to the music!"
Gina didn't know what to do.
The music was playing.
The children were waiting.
Suddenly, Gina ran to the edge of the water.
She didn't jump in.
She stood on the grass
and listened to the music.
Then she knew what to do!
She started to swing her long trunk.
She moved her feet to the left.
She moved her feet to the right.
She twirled around in a circle.

Gina was dancing!
The children clapped their hands.
The other animals came closer.
They all wanted to watch her dance.
And Gina smiled.
She didn't have to do elephant tricks.
She had a special trick that was her own
From then on,
people came to the park to watch the elephants.
They came to the park to watch the swans.
But, most of all...
they came to see "Gina the Ballerina".
And nobody ever laughed at her again.
Posted by Dari Meja Pengarah at 8:26 PM 0 comments
Thursday, July 31, 2008
Seloka Bebudak Sekarang
Bebudak sekarang
Belajar malas main yang di kenang
Cakap mak pak tak sah kalau tak bangkang
Dengan cikgu pulak disepak terajang
Dia ingat dia akal panjang
Tapi macam siput dalam cengkerang.
Ni laa...
Bebudak sekarang
Konon pergi sekolah ada kelas tambahan
Tapi pergi pekan berpasang-pasangan
Dok buat pulak eksyen
Pegang tangan tak nak dilepaskan
Last-last sidia tinggalkan
Menyesal dah tak ada guna
Baru la nak layan perasaan.
Ni laa...
Bebudak sekarang
Ilmu yang ada tak mahu dipakai
Ilmu agama lansung tak dipandang
Nak kahwin terkial-kial karang
Mertua sinis punya pandang
Mak bapak sendiri mengucap panjang
Insaflah korang sebelum meraung panjang
Posted by Dari Meja Pengarah at 11:46 AM 1 comments
Wednesday, July 30, 2008
Cerita Sedih
Lapang benar dada Pak Uwei bila pegawai yang bertugas di kaunter pejabat
Tabung Haji itu memberitahu nama dia dan isterinya turut tersenarai dalam
senarai jemaah yang akan menunaikan fardhu haji pada tahun ini.
"Tapi pak cik kena bayar segera bahagian makcik yang masih tak cukup
tiga ribu lagi tu. Selewat-lewatnya minggu depan bayaran mesti
dibuat,"beritahu pegawai itu lagi.
"Insya Allah encik. Saya akan bayar seberapa segera," janji Pak Uwei.
Berita gembira itu ingin segera dikongsi bersama isteri kesayangannya.
Sebaik keluar dari pejabat Tabung Haji dia terus balik ke rumah.
"Pah... oo..Pah!" teriak Pak Uwei sebaik turun dari keretanya.
"Apa bendanya terlolong-lolong ni bang?" tanya Mak Pah.
"
akan tertunai. Insya Allah dua bulan lagi kita akan ke sana.Tak sabar
betul saya, rasa macam Kaabah tu dah melambai-lambai, " cerita Pak Uwei
dengan wajah berseri-seri.
"Betul ke ni bang? Baru semalam si Johari beritahu dia dengan Minah tak
dapat pergi. Namanya tidak ada dalam senarai."
"Betullah Pah oii... saya ni baru je balik dari pejabat Tabung Haji.
Cuma duit bahagian awak tu, tiga ribu lagi kena bayar segera selewat-
lewatnya minggu depan."
"Mana kita nak cari duit banyak tu bang? Tiga ribu tu bukan sikit, itu
pun lepas duit tambang. Duit kocek mau juga sekurang-kurangnya dalam
seribu." Mak Pah merenung gusar wajah suaminya.
"Alah Pah, kita mintalah tolong dengan Muaz dan Balkis. Takkanlah mereka
tak nak beri. Bukannya banyak, cuma dua ribu seorang saja."
Wajah Pak Uwei semakin berseri-seri. Dia yakin anak- anaknya yang dua
orang itu tidak akan menghampakan harapannya.
"Lusa hari minggu, saya nak suruh budak-budak tu balik boleh kita
berunding," cadang Pak Uwei.
"Kalau tak cukup bahagian saya tu, awak ajelah yang pergi dulu. Tak elok
kita menyusahkan anak-anak bang, lagipun apa pula kata menantu kita nanti nak ke Mekah minta duit anak-anak." Mak Pah tidak bersetuju dengan
rancangan Pak Uwei.
"Pah... Muaz dan Balkis tu
hantar belajar tinggi-tinggi takkan nak hulur dua ribu pun tak boleh
lagipun selama ni kita tak pernah minta duit mereka. Tak usahlah awak
bimbang Pah, saya yakin anak-anak kita tu tak akan menghampakan kita kali ni." Yakin benar Pak Uwei, harapan yang menggunung digantungkan kepada anaknya.
"Tapi bang?... "
"Dahlah... pegi siapkan kerja awak tu, tak usah nak risau tak tentu hala.
Saya nak telefon budak-budak tu," pintas Pak Uwei sebelum Mak Pah melahirkan kebimbangannya. Lega hati Pak Uwei bila Muaz menyatakan yang dia akan pulang kemudian Pak Uwei menelefon Balkis pula di pejabatnya. Dia hanya menyuruh mereka balik tanpa memberitahu hajatnya.
"Insya Allah Kis balik nanti abah. Emm... abah nak Kis suruh Intan balik
sama?" tanya Balkis.
"Ikut suka kaulah, bagi abah yang pentingnya kau dan Muaz. Intan tu ada
ke tidak ke, sama aje. Balik ya?... ," balas Pak Uwei.
Bukannya dia membeza-bezakan anak-anak tapi hati tuanya cepat benar panas bila berhadapan dengan Intan. Sikap degil dan tak mahu mendengar kata anaknya itu menyebabkan dia tersangat geram. Sudahlah malas belajar tidak seperti Muaz dan Balkis yang berjaya memiliki ijazah. Kalau ditegur
sepatah, sepuluh patah tidak menjawab tidak sah. Masih Pak Uwei ingat
gara-gara sikap keras kepala Intan untuk bekerja kilang mereka bertengkar
besar tiga tahun lalu. Kini hubungan mereka seperti orang asing.
"Abah tak setuju kau nak kerja kilang kat KL tu. Abah mahu kau sambung
belajar lagi." Pak Uwei tidak bersetuju dengan niat Intan yang hendak
bekerja kilang.
"Intan dah tak minat nak belajar lagi abah, biarlah Intan kerja kilang.
Kerja kilang pun bukannya haram." bantah Intan menaikkan darah Pak uwei.
"Aku suruh kau belajar kau tak nak, kau nak kerja kilang. Kau tak tengok
berapa ramai anak gadis yang rosak akhlak kerja kilang duk kat KL jauh dari
mak bapak, bolehlah buat apa yang kau sukakan. Kau nak bebas macam tu?"
"Itulah abah, selalu nampak yang buruk aje. Bukan semua yang kerja kilang duk kat KL tu jahat abah. Kerja apa dan kat mana pun sama aje, pokok pangkalnya, hati. Kalau nak buat jahat dalam rumah pun boleh, abah." Intan
"Kenapalah kau seorang ni lain benar dari abang dan kakak kau.
tengok Balkis tu, tak pernah dia membantah cakap abah macam kau ni!"
"Intan memang tak sama dengan Kak Balkis abah, Intan suka berterus
terang, kalau tak kena Intan cakap depan-depan bukan membebel kat
belakang," balas Intan selamba menyemarakkan lagi bara dalam dada abahnya.
"Anak tak mendengar kata!!, ikut suka kaulah. Kalau kau nak pergi,
pergi... aku dah tak larat nak larang. Nak terlentang ke?, telangkup ke?, gasak kaulah. Kau buat apa yang kau suka, aku tak nak ambil tahu
lagi!!"
Sejak kejadian itu, Pak Uwei memang tidak memperdulikan langsung apa yang Intan nak buat. Namun begitu Intan tetap pulang setiap kali cuti, dia
bersikap selamba biarpun abahnya tidak memperdulikannya.
Intan selalu menghulur duit tapi hanya kepada maknya sahaja.
Riang hati Pak Uwei bukan kepalang bila anak-anaknya pulang, tambahan
pula dia sudah rindu dengan cucu-cucunya. Malam itu selesai menikmati makan malam dan berjemaah sembahyang Isya`, mereka duduk berborak di ruang tamu.
"Sebenarnya ayah suruh kau orang balik ni, ada hajat sikit," Pak Uwei
memulakan bicara.
"Hajat apa pula abah?" tanya Muaz yang duduk di sebelahnya.
"Abah dan mak kau nak ke Mekah, nama dah ada dalam senarai. Memandangkan bahagian mak kau masih belum cukup lagi abah nak minta Kau dan Balkis bantu sikit. Tak banyak, dua ribu seorang cukuplah," Pak Uwei mengutarakan hasratnya.
"Boleh tu boleh abah, tapi kena tunggu sebulan dua lagi. Az baru aje
keluarkan wang simpanan buat duit muka beli rumah. Sebulan dua lagi
bolehlah Az ikhtiarkan," ujar Muaz.
"Tapi... pegawai Tabung Haji tu minta bayaran dibuat segera selewat-
lewatnya minggu depan."
"Kalau dalam seminggu dua ni abah, memang rasanya tak dapat. Paling tidak pun cukup bulan ni. Nak cukupkan duit muka tu pun habis duit simpanan budak-budak ni Az keluarkan," jawab Muaz serba salah.
"Kau beli rumah lagi?., Rumah yang ada tu kau nak buat apa?" tanya
PakUwei melindungi kekecewaannya.
"Rumah baru tu besar sikit, abah. Selesalah buat kami sebab budak- budak
tu pun dah besar, masing-masing nak bilik sendiri. Lagipun beli rumah tak
rugi abah, pelaburan masa depan juga," sampuk Mira isteri Muaz.
Pak Uwei terdiam, harapannya kini cuma pada Balkis. "Kamu macam mana Kis, boleh tolong abah? Nanti abah bayarlah balik duit kamu tu bila ada rezeki durian berbuah kat dusun kita tu nanti," Pak Uwei berpaling Pada Balkis.
"Kis pun rasanya tak dapat nak tolong abah. Kis baru aje keluarkan duit
simpanan buat menambah modal perniagaan abang Man. Tengah gawat ni faham ajelah... ni tak lama lagi nak bersalin nak pakai duit lagi."
Hancur berderai rasa hati Pak Uwei mendengar jawapan Balkis.
"Man bukan tak nak tolong abah. Kalau nak pinjam duit kad kredit boleh.
Tapi yelah, kata orang kalau nak ke Mekah ni tak elok pakai duit pinjaman."
"Betul kata Man tu abah. Kalau nak ke Mekah mesti dengan kemampuan
sendiri baru elok," sokong Muaz. Kata-kata Azman dan Muaz bagaikan sembilu yang menikam dada Pak Uwei. Bila dia bertemu pandang dengan Intan, Pak Uwei terasa bagai ditertawakan oleh Intan bila kedua anak yang diharap-harapkan menghampakannya.
"Tak apalah kalau kau orang tak ada duit. Biarlah abah kau pergi seorang
dulu, nanti kalau ada rezeki mak pula pergi," Mak Pah bersuara
"Kalau nak pergi sendiri, dah lama saya pergi Pah!. Tak payah saya tunggu
lama-lama. Kalau awak tak pergi biarlah kita sama-sama tak pergi... dah tak ada rezeki kita nak buat macam mana?" Pak Uwei bangun masuk ke bilik meninggalkan anak-anaknya dengan rasa kesal.
Intan tahu abahnya benar-benar kecewa. Walaupun orang tua itu tidak
menunjukkan rasa kecewanya tapi Intan faham kecewa abahnya teramat sangat kerana tidak menduga anak-anak yang selama ini disanjung akan
mengecewakannya begitu.
"Anak awak tu tak balik ke?" tanya Pak Uwei pada Mak Pah bila Intan tidak
turut serta balik bersama abang dan kakaknya.
"Tak, katanya cuti sampai hari Rabu nanti," balas Mak Pah sambil mencapai kain selendangnya.
"Nak ke mana pulak tu?" tanya Pak Uwei melihat MakPah bersiap-siap.
"Nak ke kedai Long Semah tu nak belikan anak saya Intan, kuih lepat ubi
kegemarannya. " Sengaja Mak Pah menekan suara bila menyebut anaknya. Bukan sekali dua dia menegur sikap Pak Uwei yang gemar membeza-bezakan anak.
Pagi Isnin tu selepas bersarapan Intan bersiap-siap hendak keluar.
"Nak ke mana Intan pagi-pagi lagi dah bersiap ni?"
"Intan ada hal sikit kat bandar mak. Intan pergi dulu ye."
"Kalau nak ke bandar suruhlah abah kau tu hantarkan," suruh Mak Pah.
"Tak payahlah mak, Intan nak pergi banyak tempat ni. Nanti bising pula
abah tu. Intan pergi dulu."sambil mencium tangan Mak Pah yang menggeleng kepala memerhatikan Intan berlalu pergi.
Kadangkala sedih hatinya melihat sikap suaminya yang keras hati, membuat anaknya itu menyisihkan diri.
Ketika Intan pulang dari bandar tengah hari itu mak dan abahnya sedang
menikmati juadah tengah hari.
"Kau ni Tan buat benda apa lama benar kat bandar tu? Mari makan sama.
Ni abah kau ada beli ikan baung salai, mak masak lemak cili api."
"Ingat lagi abah lauk kegemaran Intan rupanya," usik Intan tak bertangguh mencapai pinggan.
"Mak bapak memang tak pernah lupakan anak-anak, cuma anak-anak aje yang lupakan mak bapak," jawab Pak Uwei sinis.
Intan tersenyum pahit. Selesai mengemas pinggan mangkuk, Intan menunaikan solat Zohor kemudian dia mendapatkan mak dan abahnya yang sedang duduk di ruang tamu. Abahnya sedang membaca suratkhabar. Mak Pah pula melipat kain.
"Mak, abah... Intan ada hal sikit nak cakap ni... ," ujar Intan
menghampiri mereka. Pak Uwei menurunkan suratkhabar yang dipegangnya kemudian menanggalkan cermin mata yang digunakan untuk
membaca.
"Apa hal... kamu nak kahwin ke?" soal Pak Uwei merenung Intan. Tawa Intan meledak tiba-tiba mendengar soalan abahnya.
Melihat Intan tergelak besar Pak Uwei turut tertawa. Mak Pah pun tergelak sama, riang rasa hatinya melihat kemesraan yang hilang dulu mula menyatu. "Abah ni... ke situ pulak...."
"Habis tu?"
"Ini... Buku Tabung Haji mak. Tadi Intan ambil dalam laci tu. Yang ni,
resit memasukkan duit ke akaun mak. Semuanya Intan dah uruskan. Dan ini dua ribu untuk buat duit kocek mak dan abah. Yang dua ratus lagi ni untuk buat kenduri doa selamat sebelum berangkat nanti."Intan memasukkan duit itu dalam genggaman Pak Uwei.
"Apa??" Pak Uwei terkejut matanya merenung Intan dan duit di tangannya
bagai tidak percaya.
"Ini duit simpanan Intan sejak mula bekerja dulu. Duit hasil titik peluh
Intan yang halal abah, terimalah. Selama ini Intan banyak kali kecewakan abah. Intan tak pernah dapat membahagiakan hati abah. Selama ini
pun Intan selalu sangat rasa kalah pada abang Az dan Kak Balkis. Intan tak cantik dan baik macam Kak Balkis, apatah lagi bijak seperti mereka. Intan tahu abah selalu kecewa dengan Intan. Hanya kali ini Intan dapat tunaikan hasrat abah. Dah banyak kali abah tangguhkan hasrat nak naik haji. Dulu kerana Kak Balkis nak kahwin, lepas tu mak pula tak sihat. Sekarang ni masa yang sesuai. Intan harap, abah sudi terima pemberian yang tak seberapa ini dari Intan," tutur Intan perlahan memerhatikan airmata menuruni pipi abahnya yang sudah berkedut dimamah usia.
"Terima kasih Intan. Malu rasanya abah nak ambil duit kamu... dulu abah
selalu bangga dengan Balkis dan Muaz yang memegang jawatan tinggi tapi
akhirnya anak abah yang kerja kilang yang membantu abah," luah Pak Uwei
sambil mengesat airmata terharu atas keluhuran hati anak yang selama ini
dimusuhinya.
"Sudahlah abah. Yang lepas itu tak usahlah kita ungkit-ungkit lagi. Intan
gembira abah sudi terima pemberian Intan."
"Pemberian kau ni terlalu bernilai bagi abah dan mak kau Intan..."ujar
Pak Uwei. Intan peluk abahnya erat.
"Hah... tulah, jangan suka memperkecil- kecilkan anak saya ni," MakPah
mengusik Pak Uwei sambil mengesat airmata penuh kesyukuran.
"Mak ni... ," gelak Intan memandang abahnya yang tersengih.
Masa yang ditunggu-tunggu tiba dalam keriuhan sanak saudara yang datang menziarahi Pak Uwei dan Mak Pah. Intan memerhati dengan perasaan gembiran bercampur hiba.
"Semua dah siap ke mak?" tanya Intan menjenguk ke bilik emaknya
memerhatikan Mak Pah mengisi barang keperluan semasa di Mekah.
"Dah rasanya... ada apa-apa yang Intan nak pesan mak belikan di
nanti?"
"Tak ada mak. Mak janganlah fikir soal apa yang nak dibeli mak. Yang penting mak dapat menunaikan ibadah dengan sempurna."
"Hah, awak dengar tu... kita ni nak pergi menunaikan ibadah, bukan nak
membeli-belah, " tambah Pak Uwei yang turut mendengar perbualan dua-beranak itu.
"Intan tak nak mak dan abah belikan satu apa pun dari
yang Intan mahu, doakan Intan bahagia di dunia dan akhirat," pesan Intan sambil memeluk emaknya. Mak Pah dan Pak Uwei berpandangan.
Tiba-tiba sebak dengan permintaan Intan itu.
............ ......... ......... .......
Hanya dua jam lagi kapal terbang akan mendarat di tanah air. Pak Uwei
mengerling Mak Pah yang lena di sebelahnya. Dalam keriangan telah
menunaikan ibadah haji tanpa sebarang kesulitan, terselit rasa tidak sedap
di hati. Perasaan rindu pada anak-anak terutama Intan bagai menyentap
tangkai hatinya. Pak Uwei terkenangkan mimpinya bertemu Intan di tanah
suci. Intan tidak berkata sepatah pun tapi bagai memberitahu yang dia akan
pergi jauh.
"Kenapa resah aje ni, bang?" Mak Pah terjaga.
"Entahlah Pah, saya teringat sangat dengan Intan dan anak-anak kita."
"Sabarlah, dah nak sampai dah ni," pujuk Mak Pah.
Dari jauh lagi Pak Uwei sudah melihat Muaz dan Azman menanti mereka.
"Mak... abah... ," Muaz meraih emaknya dalam pelukan dan kemudian abahnya tanpa dapat menahan airmata menitis laju.
"Mana yang lain ni, kamu berdua aje?" Pak Uwei tertinjau-tinjau mencari
wajah Intan.
"Mereka menanti di rumah, abah," beritahu Azman suami Balkis sambil
mencium tangan Pak Uwei. "Intan pun tak datang juga ke?" Tanya PakUwei
terasa hampa.
"Awak ni...
menggeleng, dua tiga hari ini nama Intan tak terlepas dari mulut suaminya. Perjalanan tiga jam dari KLIA untuk sampai ke rumah terasa begitu lama oleh Pak Uwei. Mak Pah yang melihat kegelisahan suaminya turut
berasa bagai ada yang tak kena.
"Dua tiga malam sebelum balik, abah kau mengigau terjerit-jerit dia
panggil nama Intan. Kalau Intan dengar cerita ni tentu dia gelihati."
cerita Mak Pah pada Muaz dan Azman. Muaz diam sambil mengerling Azman
yang sedang memandu.
"Tentulah abah ingatkan Intan, sebab Intan yang bagi dia duit," balas
Muaz
"Tapi, abah rasa macam ada yang tak kena aje Az, dalam mimpi abah tu,
abah nampak Intan macam nak beritahu dia nak pergi jauh. Tapi dia tak
bercakap pun hanya renung abah. Intan tak ada cakap apa-apa dengan kau Az?"
"Err... tak ada abah. Kita berhenti minum dulu abah, tentu mak haus,"
ajak Azman menukar tajuk perbualan.
"Tak payah, dah dekat ni. Abah tak sabar nak balik," tolak Pak Uwei.
Azman dan Muaz hanya berpandangan. Sebaik turun dari kereta, Balkis
meluru memeluk mereka dengan tangisan. Suara Pak Long
Basri yang bertakbir menambah sayu. Semua yang ada menitiskan air mata.
"Mak dengan abah sihat ke?" tanya Mira setelah bersalaman dengan ibubapa mentuanya.
"Sihat, cuma batuk-batuk aje sikit. Intan mana, dia tak balik ke?" Mak
Pah mula berdebar bila Intan tidak kelihatan.
"Naik dulu Ngahnya...," suruh Long Semah.
"Intan mana?" Pak Uwei mula hilang sabar bila tak seorang pun memberitahu di mana Intan. Pantas dia memanjat tanggu menuju bilik Intan. Matanya terpaku pada bekas bara yang terletak di sebelah katil
yang bercadar kain batik lepas. Dadanya bergetar.
"Az... mana Intan? Mana adik kau Az?" tanya Pak Uwei dengan suara yang
menggeletar. Badannya terasa lemah, dia berpaut pada tepi pintu.
"Sabar abah... ," Muaz menggosok belakang abahnya.
"
"Mak... Intan dah tak ada mak," Balkis tersedu memeluk emaknya yang
terduduk lemah.
Pak Uwei terkulai tak bermaya menerima berita itu. Mak Pah terus pengsan.
Bila dia terjaga dia melihat anak menantu
mengelilingnya. Pak Uwei duduk di tepi kepalanya.
"Sabarlah Ngah, ini dugaan Allah pada kita. Intan pergipun dalam keadaan
tenang. Barangkali kerana hajatnya nak lihat kamu naik haji dah tertunai,"
pujuk Long Semah yang masih belum pulang.
"Intan ada tinggalkan
hidup lama. Rupa-rupanya dia menghidap barah otak.
Dia minta maaf segala salah silap dan berpesan supaya kita jangan sedih
atas pemergiannya.
Dia minta kita doakan dia," Pak Uwei menepuk lembut bahu Mak Pah.
"Bila dia meninggal? Siapa yang mengadap masa nazaknya?" tanya Mak Pah
tersedu sedan.
"Kami semua ada mak. Dia begitu tabah menanti detik kematiannya mak.
Sebenarnya dia yang ajak kami balik ini, katanya nak kemaskan rumah sebelum mak dan abah balik. Masa sampai tu dia sihat lagi tiba-tiba malam Khamis tu lepas solat Isya` dia sakit kepala teruk sampai tak boleh bangun. Az nak hantar ke hospital tapi katanya masa dia dah tiba.
Masa tulah baru dia ceritakan sakitnya. Dia meninggal subuh hariJumaat
mak... tiga hari lepas. Dia pergi dalam keadaan yang cukup tenangmak,"
cerita Muaz.
Mak Pah mengenggam erat tangan suaminya, terkenangkan bagaimana Intan memeluk erat mereka sebelum melepaskan pemergian mereka. Dan ketika itu bagai terdengar-dengar suara Intan berpesan,"Intan tak nak mak dan abah belikan satu apa pun dari
Tamat....
Moral cerita ... buat baik dan berbaktilah kepada kedua ibu bapa sementara mereka masih ada di dunia ini. Harta benda hanyalah sementara berbanding amalan yg kita lakukan selagi tubuh badan kita bernyawa. Renung-renungkan. ....
Posted by Dari Meja Pengarah at 7:45 AM 0 comments
Kenyataan Hidup Di SebalikPermainan ini
Untuk renungan bersama-
Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada
anak muridnya. Ia duduk menghadap anak muridnya. Di tangan kirinya ada
kapur, di tangan kanannya ada kayu pemadam. Guru itu berkata, "Saya ada satu
permainan... Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan
kanan ada kayu pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka sebutlah "Kapur!",
jika saya angkat kayu pemadam ini, maka katalah "Pemadam!"
Anak muridnya faham dan seterusnya menyebut dengan betul. Guru bersilih-ganti
mengangkat tangan kanan dan kirinya, semakin lama semakin cepat.
Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, "Baik sekarang perhatikan.
Jika saya angkat kapur, maka sebutlah "Pemadam!", jika saya angkat
kayu pemadam, maka katakanlah "Kapur!". Dan diulangkan seperti tadi, tentu
saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk
mengubahnya. Namun lambat laun, mereka kembali biasa dan tidak kekok lagi.
Selang beberapa saat, permainan berhenti.
Guru tersenyum kepada anak muridnya. "Murid-murid, begitulah kita
umat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita
begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, satelah musuh kita memaksakan
kepada kita dengan perbagai cara untuk menukarkan sesuatu, perkara yang
haq telah menjadi bathil, dan sebaliknya. Pada mulanya agak sukar bagi
kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan
pelbagai cara menarik oleh mereka, lambat laun kita akan terbiasa
dengan hal itu, seterusnya kita mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kita
tidak pernah berhenti membolak-balik dan menukar nilai murni akidah/hukum Islam
dari masa ke semasa.
"Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, Zina
tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, tanpa
rasa malu, sex sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend, hiburan
yang asyik dan panjang sehingga melupakan yang wajib adalah biasa,
materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain." "Semuanya
sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit
menerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan. Faham?" tanya
Guru kepada anak muridnya.
"Baik untuk permainan kedua..." Gurunya meneruskannya......
"Cikgu ada Qur'an,cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda
berdiri diluar karpet. Permainannya adalah , bagaimana caranya mengambil
Qur'an yang ada ditengah tanpa memijak karpet?"
Murid-muridnya berfikir .
selainnya.
Akhirnya Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil
Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet .."Murid-murid,
begitulah ummat Islam dengan musuhnya. .. Musuh Islam tidak akan
memijak-mijak anda dengan terang-terangan. ..Kerana tentu anda akan
menolaknya dengan mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam
dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan monolak kita secara ansur-ansur,
sehingga kita tidak sedar.
"Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang
kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat.
Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dgn
tapaknya dulu, tentu saja dinding dan peralatan akan dikeluarkan dulu,
kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah
dihancurkan. ..."
"Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan
menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan merusakan kita.
Mulai dari perangai kita, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga
meskipun kita muslim, tapi kita telah meninggalkan ajaran Islam dan
mengikuti cara mereka... Dan itulah yang mereka inginkan." "Ini
semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yang
dijalankan oleh musuh musuh kita... "
"Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak kita, cikgu?" tanya
murid- murid.
"Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang Islam, misalnya Perang
Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi."
"Begitulah Islam... Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan
sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang secara terang-terangan,
kita akan bangkit serentak, baru mereka gerun".
"Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita
berdoa dahulu sebelum pulang..."
RENUNGILAH SAHABAT SEMUA..
TOLONG SEBARKAN PADA SAUDARA2 ISLAM KITA..MOGA ALLAH MEMBERI TAUFIQ DAN
HIDAYAH PADA KITA DAN KELUARGA KITA... MARILAH KITA SAMA2 SEDAR BAHAWA
AGAMA,BANGSA DAN TANAHAIR KITA SEMAKIN TERANCAM!
UMAT ISLAM SEMAKIN MUDAH DIBELI DENGAN WANG RINGGIT, DILALAIKAN DENGAN
KEINDAHAN DAN MEMUJA KESERONOKAN HIDUP, HINGGA HILANG MARUAH DAN HARGA
DIRI!!
JUSTERU, MARILAH, KITA BETULKAN APA YG TERMAMPU BERSAMA2..USAH HANYA
BILA SEGALANYA SUDAH TERJADI, SAMA SEPERTI SAUDARA KITA DINEGARA2
LAINNYA, BARU KESEDARAN ITU TIMBUL, MUNGKIN MASIH BELUM TERLAMBAT TAPI
KITA SUDAH TERLEWAT UTK MERUBAH DAN MEMBAIKI KEROSAKAN YG DIALAMI.
YA ALLAH, SATUKANLAH UMAT ISLAM?AMIIINN. .. Sebagai umat Islam yang
bertanggungjawab, tolonglah forwardkan blog ini kepada sahabat2 Islam
kita yang lain. Semoga yang baik dijadikan teladan dan yang buruk
dijadikan sempadan..ALLAHU AKHBAR
Posted by Dari Meja Pengarah at 7:33 AM 0 comments




