Subscribe

RSS Feed (xml)



Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger


Tangisan Anak Palestin

Thursday, July 31, 2008

Seloka Bebudak Sekarang

Ni laa...
Bebudak sekarang
Belajar malas main yang di kenang
Cakap mak pak tak sah kalau tak bangkang
Dengan cikgu pulak disepak terajang
Dia ingat dia akal panjang
Tapi macam siput dalam cengkerang.

Ni laa...
Bebudak sekarang
Konon pergi sekolah ada kelas tambahan
Tapi pergi pekan berpasang-pasangan
Dok buat pulak eksyen
Pegang tangan tak nak dilepaskan
Last-last sidia tinggalkan
Menyesal dah tak ada guna
Baru la nak layan perasaan.

Ni laa...
Bebudak sekarang
Ilmu yang ada tak mahu dipakai
Ilmu agama lansung tak dipandang
Nak kahwin terkial-kial karang
Mertua sinis punya pandang
Mak bapak sendiri mengucap panjang
Insaflah korang sebelum meraung panjang

1 comments:

farah, s. said...

salam~
sangat setuju dengan pendapat ni..
esp bdk sekolah, mmg zaman diorg ni dh lain sgt2 nk dibandingkan masa zaman sy dulu.. sbg bakal cikgu pun, sy rasa ni cabaran paling besar yg perlu dihadapi...

Size: 300 X 250 pixels

Adakah Anda Pantas