Pemuda Islam Wilayah dan Selangor akan turun berhimpun bagi membantah forum bertajuk “memeluk Islam” yang dianjurkan oleh majlis peguam pada esok hari, 9 Ogos 2008 (Sabtu). Bantahan tersebut sebagai tanda protes dan amaran kepada majlis peguam yang dilihat cuba untuk mempertikaikan hak agama Islam.
Lebih 100 anggota polis termasuk dari Unit Simpanan Persekutuan (FRU) berkawal di tempat kejadian sementara Jalan Lebuh Pasar Besar di hadapan pejabat majlis itu terpaksa ditutup atas faktor keselamatan.
Seramai 500 orang berkumpul di depan bangunan Majlis Peguam sejak awal pagi kerana membantah penganjuran forum awam memeluk Islam anjuran majlis tersebut.Mereka turut membawa sepanduk yang berbunyi "Jangan cabar Islam', "Jangan cetuskan kemarahan umat Islam demi keharmonian umat Islam", "Awas Persatuan Peguam, jangan bermain api" dan "Menjunjung keadilan, menyanggah kezaliman".
Proses berkumpul di luar untuk menyatakan mereka membangkang forum tersebut.Begitulah suasana dalam proses membantah forum memeluk islam tanpa mengira parti.









1 comments:
salam Arsyad,
PB mengucapkan terima kasih kerana sudi melawat laman blog PB,
seterusnya PB nak maklumkan bahawa PB telah pon copy artikel bergambar dari blog arsyad 'isu majlis peguam' harap en Arsyad ikhlaskan tujuan saya ya....
Post a Comment