Subscribe

RSS Feed (xml)



Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger


Tangisan Anak Palestin

Saturday, August 16, 2008

Gara-Gara Tipon

Tarikh : 16 Ogos 2008

Assalamu'laikum.

Apa khabar pembaca semua? Harap sihat selalu ya. Selama ini saya selalu buat citer lawak, berita, cinta dan banyak lagi. Biar saya citer sedikit apa berlaku pada gua hari jumaat.


6 pg - mestilah sembahyang subuh, buat apa nak citerkan, betul tak J .


7 pg - makan la buat apa lagi. Lepas makan tak kan nak tidur plak J


8 pg - gua makan bukan stengah jam tapi rehatkan perut. Tau tak apa gua makan setiap hari, (kalau tak tanya sudah) gua makan kuih atau bihun yang ibu saya masak. Memang sedap siot sampai jilat pinggan J . Minuman pula kopi radix atau teh herba atau apa saja di atas meja, saya balun semua (bahasa kedah) J. Memang keluargaku suka dengan barangan HPA J.


9 pg – habis makan terus lihat buku, saja nak jadi ulat buku J . Buku apa yang gua lihat, mana gua tau sebab bilik saya macam perpustakaan. Tak larat nak bagitau J.


10 pg – Ada mesyuarat. Mesyuarat apa yer J . Mana leh bagitau, takde kena mengena dengan korang. He he he J gurau jer. Mesyuarat ini di kenali sebagai PIN. Korang jangan ingat PIN itu ayah pin ya, PIN bermakna (Persatuan Islam Negara) untuk membincangkan bagaimana menjana ekonomi persendirian serta perkara2 yang berkaitan dengan islam. Gua mesyuarat hampir setengah jam.


1 ptg – P sembahyang jumaat la. korang ingat gua p lepak ke.


3 ptg – Gua terima email dari seorang pembaca mengenai masalah cinta. Kalu korang nak tahu korang boleh pegi sendiri blog gua yang bertajuk soal cinta. Gua punya rajin beb, gua jawab ikut pala otak jer J .


5 ptg – Gua tima panggilan 13 kali. Boleh mati siot. Tak larat nak jawab beb. Bukan panggilan tipon tau tapi panggilan anak sedara gua (5 taun). Dia tanya gua "nape nek bleh ada dlm tipon". Gua jawab"nek ada di turkistan tapi sora dia terlekat di tipon". Gua tipu dia jer hehehe J. Dia tanya gua lagi " nape kena pakai sluar". Gua tipu dia lagi " kalu x pakai sluar nanti kena tangkap dengan raksasa". Hehehe, syiok juga pekena dia. Dia tanya gua lagi "nape satu kali 5 jawapan dia 5". Gua jawab " mane ade, satu kali 5 jawapan dia 4, cikgu silap ajar tu". Last kali dia kata pada gua " abang tak der otak ker". Dengar macam tu, gua terasa nak penampo dia tapi gua tanya dia "sebab apa, kata kat abang mcm tu". Dia kata "yelah, mak kata kalu satu kali 5 jawapan dia 5. sapa kate 4, dia tak ngaji". Gua gelak dalam hati " pandai pun, budak nie" J.


6 ptg – Kawan gua mai. Dia ni doktor tau (doktor herba). Dia mai jumpa gua la. Tak kan nak jumpa bapak gua kot J


8 mlm – Gua ngajar budok-budok baca muqaddam. Budak2 tanya gua (nak pekena gua la) " ustaz, nape alif patah a bunyi a. sebab apa tak bunyi u". Tau tak gua jawab apa " kalo anta bunyi u, anta diri atas peti ais". Haa, bila gua kata diri atas peti ais, semua budok-budok bleh baca dengan cepat sebab takut kena diri. Ha ha ha J, jangan sangka gua kejam, gua kena tegas beb. Anak remaja ari ni, baca quran pun malas. Bila tua baru nak ngeja.


9 mlm – Gua p RFC (Radix Fried Chicken) la beb. Fuhh, ramai beb, dekat 1000 orang beb. Gua kena beratur sepanjang jalan. Kira-kira dekat 10 kilometer beb. He he he J gurau jer. Alah beratur kat luar jer. Hampir stengah jam gua bratur. Tapi gua sabar beb, gua tau, perniagaan memang macam tu bila maju. Gua kagum dengan Tuan Haji beb J. Habis jer beratur, giliran gua la. Gua pun pesan menu. Ada ayam, burger, dan macam-macam lagi beb. Kalu tempat lain tak de la beb. Kalo korang nak makan RFC ini, datanglah kedah, Jangan p KFC beb, yangtu orang kapir punyo. Kita orang islam, kena makan benda halal la beb.

Kalo sape nak tengok gambar RFC, korang klik tapak tangan Saudagar Herba (blog gua)


10 mlm – Gua tengok tv beb, gambar Maha Kasih. Sedih tul la J . Gua tak ingat tajuk dia, tapi kalo korang nak tengok, dia ado tiap hari jumaat (10.30 mlm). Gambar ini boleh buat orang sedar oooooo J.


12 mlm- Gua sms mak sedara gua, sian mak pak dia tau.(Citer ni gua sorang saja leh tau, korang tak yah amik tau. Tak de kena mengena pun). Tapi gua kagum dengan dia beb sebab dia merupakan anak solehah selepas dengar sora dia. Sedih beb L. Tapi gua doakan moga mak pak dia sihat. Amin J


1 pg – Gua tidur la. Tapi gua timer sms dari kawan gua. Dia ade masalah cinta. Gua pun buka komputer beb. Gua karang la apa yang patut di buat J . kerana kawan gua sanggup tolong beb.


2 pg – Gua tidur. Gua dapat panggilan lagi dari kawan gua lagi. Kawan dari Mesir beb. Gua pun layan la beb. Dekat sejam gak dia cakap. Kami ketawa beb J. Citer ape pun gua tak ingat beb, sebab gua ngantuk beb J. Habis cakap gua tidur plak.


4 pg – Gua bangkit tidur beb, bukan kerana nak pi sembahyang insya'. Sembahyang insya', gua
dah sembahyang lama dah. Takkan nak citer kot. Gua bangkit sebab dapat panggilan lagi iaitu dari orang tak di kenali. Tau tak ape dia kata " hello, berani ko kaco anak dara pak cik yer" apa lagi terkejut beruk beb gua tanya dia "pak cik ni sape, marah orang pagi-pagi buta. Anak pak cik saper namenya". Pak cik tu kate "name dia suria". Gua jawab balik "Haa, pak cik silap orang ka. Mane saya ade kawan name suria". Gua dah bengang beb. Pak cik tu tanya gua balik "anak ni name apa". Gua cakap antara marah dan tak marah " name saye arsyad". Tau tak pak cik tu kate ape " Ehhhhhh, silap orang nooo, k lah timer kasih ye. Maaf yeee". Gua pun letak tipon beb L. Gua sambung tido balik.


5 pg – tipon bunyi beb. Gua bangkit balik. Gua cakap la " hello, can I help you?'. Dalam tipon tu kawan gua kata. "hoi mamun ka, lekas pi semayang subuh, dah nak habis dah". Gua tengok jam, baru pukul 5 pagi, Gua kata " hoi, gile ke sembahyang subuh pukul 5". Kawan gua kate ape "La ye ka, aku lupa tukar bateri rupanya, tak pe la aku nak tido balik". Gua pun tido balik L .


6 pg - Subuh berkumandang. Gua pun solat.


Tapi malangnya, gua tak dapat tido dengan nyenyak. Hu waaaaaaaa, Hu waaaaaaa. Sedih siot L.


Pengajaran bagi anda "jangan layan tipon jika korang tak nak jadi seperti gua"

2 comments:

Fasiha... said...

Syad cerita pasal mengajar budak mengaji, buat akak teringat dolu-dolu kala.
Mak ayah akak ajar budak mengaji di rumah, sesekali akak tolong. Bila akak mengajar, biasanya jari mereka jadi mangsa akak untuk diketuk@sebat guna lidi/pen/pensil penunjuk.Time mengajar Qur'an bukan seperti mengajar ilmu lain, akak tidak akan bertolak ansur.
Lantaklah depa nak merajuk ke, nangis ke yg penting depa mesti tau bahawa A-Qur'an bukan perkara boleh dibuat berlebih kurang, betul dak?
Sekarang mak/ayah ,mengajar di surau kg.

Dari Meja Pengarah said...

semoga kak terus mengajar mereka yang memerlukan ilmu kak tu. memang best mengajar anak2 muda. semoga berjaya

Size: 300 X 250 pixels

Adakah Anda Pantas