Subscribe

RSS Feed (xml)



Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger


Tangisan Anak Palestin

Sunday, August 17, 2008

Jom Heboh

Assalamu'alaikum.

Hari nie gua nak citer sikit pengalaman gua di tapak jom heboh. Gua pegi sana bukan untuk berseronok beb tapi nak beli barang. Al-maklumlah barang di sana murah. Semasa gua singgah sana, memang ramai beb. Gua pegi waktu petang. Yang gua hairan, takde pun orang cina atau india. kalau ada pun, sikit jer. Cuba lihat gambar di bawah :-

Itu tak pe lagi. Tapi malangnya, lelaki bergaul bebas dengan wanita dan bercampur-campur dimana saja. Gua terkejut beb, sebab remaja hari ini berhibur terlampau lebih. Kita sebagai orang islam wajib tunjuk teladan yang cantik.

Ada lagi, diorang sanggup beratur berjam-jam lamanya.

Inilah ralitinya. Dunia semakin kiamat namun mereka tidak sedar lagi. Ada seorang budak gua tanya "adik datang pukul berapa". Dia kata datang pukul 1 ptg. Gua tanya lagi "adik dah sembahyang ke". Tau tak dia kata apa"abah dan emak pun tak sembahyang lagi. Emak kata tua esok tobatlah bebanyak". Gua tanya "Tak takut tuhan ker". Dia panggil mak & bapa dia. Gua tahu masalah besar akan muncul kali ini. Mak dia datang macam muka harimau dan berkata " Hei budak, jangan nak tunjuk alim pula, ko ingat ko ni ulama ke nak tegur sana dan sini. Pegi ler ceramah di surau tu". Sebelum gua blah, gua pesan pada mak cik tu "kalo mak cik tak nak ingat tuhan Yang Esa, baik mak cik jangan memakan rezekiNya. Tak malu ke pada Yang Esa". Belum dia kata apa2, kawan gua seorang yang disegani datang dan senyum pada wanita itu. Haa, apalagi nampak jer muka kawan gua tu mereka pun blah. Gua pun berambus tapi gua berdoa semoga mereka yang datang konsert ini sempat bertaubat.

Tak salah kalau nak datang tapi jaga adab dan tatasusila. Anda kena ingat Jom Heboh ini boleh bawa kita pada gejala yang tidak elok jika iman kita tidak kuat. Semoga citer ini beri pengajaran pada kita.

6 comments:

Zamz said...

hebat tuh sempat berdakwah di jom heboh...susah nak cari org nak tegur2 org skrg nih...sume jaga diri masing2 je termasukla aku...

Fasiha... said...

hmm.. tempat-tempat macam ni hanya org yg kuat iman boleh menjaga diri dan sekitarnya...
yang selalunya susah nak dijaga.Mgkin duit hanyut sbab dah terpengaruh dengan pujuk rayu promoter kpd barangan bukan keperluan, mata terdedah dengan pergaulan bebas, wanita2 seksi yg menyeksa, tarian2 gelek, kesesakan yg terpaksa berhimpit tubuh lelaki dan perempuan,pencemaran pendengaran dengan muzik khayal yg melemahkan sel rohani..
Takut2 jadi pesta perniagaan seperti zaman-zaman orang terdahulu..
Hanya orang mengambil kisah anbiya' yg tahu bagaimana kisah pesta perniagaan zaman org terdahulu yg saya maksudkan.
Kalau 'Perkampungan Hadhari' mgkin lbh serasi kot..

faizal mohamad twon tawi said...

salam...

saya konfius la.. dulu kan ada mufti dah haramkan sure heboh, pastu tukar jom heboh.camne?.memang dugaan besarla untuk kita umat akhir zaman ni.

Anonymous said...

ya, memang dugaan besar sedang hebat menimpa umat Muhammad zaman ini...jom heboh wajar diboikot saja...sebabnya lebih banyak kesan buruk banding yang baik... Matlamat tidak pernah menghalakan cara...ada ke konsert Amal? tak pernah dibuat orang...zaman sekarang ni yang pelik tu jadi bagus dan diteruskan...

ana selalu berdoa agar digolongkan dalam golongan yang sedikit seperti doa Saidina Umar al Khatab!

wallahu 'alam

farah, s. said...

mak aih.. teruk jugak perangai sekeluarga tu.. isk2..

Dari Meja Pengarah said...

haih, mana hebat. semoga kita dilindungi Allah S.W.T daripada godaan syaitan yang direjam.

Size: 300 X 250 pixels

Adakah Anda Pantas