Subscribe

RSS Feed (xml)



Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger


Tangisan Anak Palestin

Monday, August 11, 2008

Temu Duga Jawatan

Atas permintaan seseorang, saya membuat tajuk cara temu duga khas untuk semua. Sekarang jam menunjukkan 6.30 petang. Harap ia membantu anda.

Temu duga ialah satu proses memilih calon untuk mengisi sesuatu jawatan, atau pemberian biasiswa atau pemilihan untuk mengisi tempat belajar di sekolah berasrama atau sebagainya.

Kebanyakan pemohon mengambil pendekatan 'mengharapkan kejayaan' tanpa bersedia terlebih dahulu. Ini adalah satu kesilapan, kerana kegagalan untuk bersedia, adalah pensyarat kegagalan. Kita perlu ingat fungsi temu duga ialah untuk memilih yang terbaik. Terbaik dari segi penampilan, pengetahuan, minat dan kelayakan.

Temu duga akan menonjolkan ciri-ciri diri kita seperti bahasa tubuh badan (body language), tutur kata sama ada jelas atau sebaliknya.

Kita perlu ingat, temu duga akan menguji kita sejauh mana kita berminat atau benar-benar berminat kepada apa yang dipohon. Semakin banyak kita tahu tentang syarikat atau badan yang mengendalikan temu duga akan menyerlahkan potensi kita dan seterusnya menjadi pilihan penemu duga.

Ingat ini!!!
Temuduga biasanya terbahagi pada dua bahagian:-
pertama- soalan mengenai kelayakan, pengalaman dan yang berbentuk personal.
kedua - soalan mengenai jawatan atau organisasi atau perkara yang dipohon.

Kita perlu bersedia dengan soalan-soalan yang mungkin ditanya, dan jawapannya. Di samping itu, kita harus bersedia dengan maklumat tentang diri sendiri, dari segi kemahiran, minat dan nilai-nilai baik yang dimiliki seperti ketegasan, jujur dan sebagainya.

Faktor-faktor lain untuk memastikan temu duga berjalan dengan lancar ialah:-

1) kesihatan - sihat, segar dan semangat. Tidur awal dan bangun awal serta makan secukupnya.

2) sembahyang hajat dan doa

3) Pakaian - kemas, sopan dan bersih. Pilih pakaian yang boleh kelihatan kemas, walaupun terpaksa menunggu dan menjalani temu duga berjam-jam. Bawakan alat mengemas diri seperti sikat (lelaki). Dan sekiranya hari dijangka hujan atau hujan, bawakan payung.

4) Masa - Tiba di tempat temuduga , tepat pada masanya. Sebaik-baiknya 15 minit sebelum masa yang ditetapkan bagi menenangkan diri, mengemas diri dan sebagainya (jangan gemuruh ya).

5) Dokumen - Pastikan sebelum keluar rumah, semua dokumen ada dalam fail yang dibawa, contohnya kad pengenalan, salinan 'resume', salinan surat permohonan dan sebagainya.
Pastikan ingatan dan kefahaman yang cukup jelas tentang 'resume', kerana soalan2 akan ditanya mengenainya, terutama aspek pengalaman dan kelulusan.

6) Sediakan jawapan bagi soalan yang lazim ditanya.
Contoh 1: Nyatakan tentang diri anda?
beritahu tulen dan kelebihan diri anda, kaitkannya dengan kebaikan yang boleh dimanfaatkan oleh jawatan yang dipohon.
disamping itu nyatakan minat atau minat aktiviti masa lapang anda yang boleh memberi motivasi dan memperbaiki diri anda.

Contoh 2: Bagaimana kelulusan yang anda miliki, dapat membantu dalam kerjaya atau jawatan yang dipohon?
Terangkan pelajaran, pengetahuan dan pengalaman (latihan semasa belajar) yang dapat membantu anda menjalani tugas, sekiranya diberi peluang.

7) Ketahui apa yang dikehendaki oleh penemuduga?
Kuantiti apa yang dicari oleh penemuduga?
Antaranya ialah:-
a) sikap terbuka calon kepada kerja atau tugasan jangka pendek, sama ada status sementara atau kontrak.
b) Sifat tanggungjawab dan fokus. Iaitu tegas dalam membuat keputusan.
c) Skil berkomunikasi dengan baik dan boleh bertutur dalam lebih dari satu bahasa. Boleh bercakap dengan yakin dan jelas.
d) Skil melayan pelanggan atau pengguna, yakni skil penjual.
e) Mudah menyesuaikan diri dan kemahiran dengan apa juga tugas atau persekitaran kerja.

8) Tenang :) . JAngan menjadi mangsa rasa takut, cemas, rendah diri dan was-was, kerana kesemuanya boleh menggerhanakan prestasi temu duga. Jadi berfikir secara positif dan rasional. Tarik nafas panjang-panjang dan ransangkan diri :)

Ini saja ilmu saya untuk dikongsi dengan anda. Jam menunjukkan pukul 7: 28 malam.
Saya doakan moga anda berjaya dalam temu duga. Insyaallah.

0 comments:

Size: 300 X 250 pixels

Adakah Anda Pantas